BONJOUR..!!
Paris.. Adalah sebuah kota yang paling popular didunia dengan kehadiran pelancong dari setiap pelusuk dunia datang untuk melancong serta melihat sendiri kota ajaib yang digelar Kota Romantik Dunia serta melihat didepan mata sendiri Menara Eiffel. Banyak lokasi atau tempat menarik yang boleh diterokai sepanjang berada di Paris atau menerokai tempat yang jarang diterokai oleh pelancong lain. Mata setiap kali disajikan dengan pemandangan yang indah serta kadangkala terleka dengan setiap corak binaan lama bangunan-bangunan yang terdapat di Kota Paris ini. Warisan sejarah dikekalkan setiap corak binaan bangunan disini lebih dari 100tahun lamanya.
Apa yang perlu anda tahu tentang Paris
Apa yang perlu anda tahu tentang Paris
Pengangkutan dan Trafik Jalanraya
Sistem pengangkutan yang terdapat di Paris adalah amat bersistem dan kadangkalanya mempunyai kelemahan juga disebabkan berlaku tentang masalah teknikal. Antara pengangkutan yang menajdi tumpuan ialah Tren. Terdapat pelbagai Tren disini yang mempunyai acces untuk pergi ke seluruh tempat yang ada di Kota Paris. Untuk pengangkutan bagi pakej lawatan, ada disediakan bas Hop-On Hop-Off tetapi jika anda ingin menaiki bas tersebut, hanya berada diatas jalan selama 1jam 30minit dan tidak semua laluan yang dimasuki. Apabila tiba disesuatu lokasi, hanya 5 minit ke 10minit sahaja dibenarkan untuk turun bergambar dilokasi berkenaan. Cruise untuk menyusuri sungai Seine boleh dinaiki dengan harga 8€ ke 9€ seorang.
Jika anda ingin menyewa kereta, ada beberapa perlu diingat ketika memandu selain dari memandu sebelah kiri dan lorong kanan. Amat berbeza dengan cara atau konsep pemanduan di Malaysia dan jugak di United Kingdom. Untuk peringatan, Paris adalah kawasan larangan membunyikan Hon kenderaan dan jangan sesekali membunyikan hon jika terdapat seseorang melintas di Zebra Crossing terlalu perlahan. Jika ternampak orang melintas jalan, utamakan kepada orang tersebut kerana disini lebih utamakan pejalan kaki. Jangan parking kenderaan anda sesukahati kerana jika anda salah meletakkan kenderaan, pasti kenderaan anda akan ditarik oleh penguatkuasa bandaraya. Jangan risau disini tiada kes kenderaan dicuri. kes begitau amatlah jarang berlaku di Paris.
Untuk cara pemanduan kereta, selain mengutamakan pejalan kaki, kenderaan yang masuk dari simpang kanan adalah diutamakan. jika perlu, anda harus memperlahankan kenderaan untuk memberikan laluan masuk kenderaan dari kanan. Dibulatan (roundabout) pula, utamakan kenderaan yang ingin memasuki bulatan dari kanan. Anda diminta berhenti ditengah bulatan untuk beri laluan pada kenderaan tersebut. Pemandu dari rakyat France amat berhemah dan cerewet.
Untuk berjalan kaki pula, elakkan untuk melintas sesukahati selain dari menggunakan Zebra Crossing kerana anda akan dimarahi oleh pemandu kenderaan ibarat menasihati anda sila ikut undang-undang jalanraya. Berhati-hati ketika berjalan kaki kerana dikhuatiri anda akan terlanggar atau dilanggar basikal yang ditunggang oleh rakyat france ketika mereka berkayuh untuk pergi kerja atau kemana saja.
Tip Keselamatan Diri
Walaupun ramai yang mengatakan bahawa Paris terlalu ramai Pickpocket yang professional. Ini diakui memang ramai orang sedemikian yang ada di Paris. Walaupun bagaimana pun, tiada unsur jenayah ugutan tetapi cara mereka mengambil harta anda amat professional. Cara mengenal dikenalpasti dengan menunjukkan barang atau beg duit anda jatuh. tetapi itu bukan beg atau harta anda dan anda pun berlalu pergi. Dalam diam, beg duit anda sendiri telah hilang kerana ada orang lain yang berpakat untuk mencuri ketika anda melayan pertanyaan 'rakan' mereka yang mengatakan barang anda tercicir. Hati-hati dengan wanita gipsy muda yang kebiasaannya serbu anda secara berkumpulan. walaupun ada ketikanya hanya merempuh anda, dalam pada itu harta anda akan hilang juga. Jika ada orang meminta rokok dengan anda, terpulang pada diri anda samada hendak beri atau tidak, apa-apa pun kawal harta anda jika ada taktik meminta rokok khuatiri ada terselindung niat lain untuk mencuri. walaubagaimana pun, meminta rokok dari orang lain adalah perkara biasa di Paris.
Elakkan berjalan dengan beg penuh dibadan. seperti membawa backpack, beg sandang kecil yang menampakkan kita ini sebagai tourist atau backpacker. Jika nasib tidak menyebelahi anda, ada kumpulan remaja nakal akan mengganggu anda sambal tarik zip beg, sentuh beg anda atau membuli anda. Mereka mempunyai niat untuk mengganggu dan mencuri.
Tip Membeli-Belah
Seperti biasa kesukaan semua orang suka membeli-belah barangan berjenama atau cenderahati untuk dibawa pulang ke tanahair. Ramai yang tahu kawasan popular di sekitar Paris untuk membeli-belah ialah di Champs-Elysee dan La-Fayette. Disitu adalah lokasi tumpuan membeli-belah oleh pelancong seluruh dunia. Selain dari lokasi tersebut, anda juga boleh pergi ke La Village atau sinonim dengan kawasan Outlet Factory. Outlet Factory bersebelahan dengan Disneyland dan masa untuk diambil menuju kesana menggunakan tren ialah 1jam atau 45minit jika menggunakan kenderaan darat. Harga di Outlet Factory agak murah sedikit berbanding dengan kawasan Champs-Elysee atau La-Fayette.
Selain dari mencari produk pakaian, minyak Wangi atau barangan berjenama lain, kenapa tidak anda cuba membeli barangan lain seperti pakaian, barangan antik, atau apasaja yang jarang kita dapat di Malaysia. Kebanyakkannya dijual di Pasar Barbes atau Pasar Morocco. Walaupun lokasi tersebut luar sedikit dari Paris, sebenarnya itulah barangan yang paling berharga untuk kita miliki kerana kebanyakkan barangan disitu jarang atau tidak terdapat di Malaysia seperti pinggan mangkuk, Pakaian dari Negara Arab atau Negara lain dan cenderahati dari Negara luar dari Perancis. Disitu, bukanlah tempat tumpuan pelancong dan adakalanya tidak terfikir tentang lokasi tersebut oleh pelancong.





