EKSPLORASI SELURUH FRANCE
PARIS-NORMANDY (HARI 1)
Bertolak menuju ke Normandy untuk melawat kawasan Pantai yang indah terletak di Etretat dan jarang didatangi oleh pelancong luar. Perjalanan ini mengambil masa selama hampir 3jam menggunakan kereta. Jika Bertolak selewatnya dalam anggaran pada 8.30 pagi, kemungkinan besar akan tiba di Etretat pada waktu tengahari.
Seterusnya, menuju ke Mont Saint Michel, Normandy untuk melihat keindahan Istana lama Saint Michel yang berada di Puncak bukit. Jarak perjalanan dari Etretat adalah anggaran selama 2jam. Seterusnya menginap di Normandy.
NORMANDY-BORDEAUX-TOULOUSE (HARI 2)Awal pagi selepas bersarapan, terus menuju ke Bordeaux. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam. Didalam perjalanan ke Bordeaux, anda boleh melihat berbagai keindahan alam termasuk ladang-ladang tanaman yang indah. Apabila tiba di Bordeaux, terus menuju ke Place de la Bourse untuk melihat bangunan istana dan bermain wap air disitu.
Selepas itu, bergerak menuju ke Toulouse untuk melihat keindahan Bandar kecil, sungai indah serta perkampungan disana serta menginap di Toulouse.
TOULOUSE-MARSEILLE-CANNES (HARI 3)
Awal pagi menuju ke Marseille untuk melihat keindahan pantai serta pelabuhan kapal layar dan semasa didalam perjalanan, satu keunikan dan keasyikkan ketika perjalanan dari Toulouse ke Marseille. Dipertengahan sepanjang perjalanan, akan melalui jambatan Millau. Jambatan ini adalah Jambatan yang tertinggi didunia. Lokasi menginap adalah di Cannes disamping melihat keindahan cahaya malam serta pantai yang indah. Cannes terkenal disebabkan Festival Filem Cannes setiap tahun.
Millau Viaduct
Marseille
Cannes
CANNES-NICE-MONACO-MONT BLANC (HARI 4)
Menerokai Cannes dari pagi hingga tengahari dan seterusnya daftar keluar penginapan dan terus menyusuri persisiran pantai ke Bandar berhampiran Nice dan Monaco sehingga malam. Selepas selepas menerokai Cannes-Nice-Monaco, terus Bertolak menuju ke Chamonix pada tengah malam. Tiada penginapan atau menginap di lokasi terpilih untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Chamonix. Dapat merasai pengalaman perjalanan malam dan dijangka sampai awal pagi ke Chamonix untuk melihat keindahan Mont Blanc. Seterusnya menerokai Pinggir Mont Blanc dan menginap disana.
Nice
Monaco
Chamonix
Mont Blanc
CHAMONIX-VERDUN (HARI 5)
Selepas menerokai kawasan Chamonix, pada sebelah petang pula bergerak menuju ke Verdun untuk melawat lokasi disana dan dijangka tiba pada sebelah malam dan terus menginap. Apa yang menarik di Verdun ialah kubu dan tinggalan kawasan Perang Dunia kedua disana. Bermacam khazanah dan tempat peninggalan sejarah semasa perang dunia kedua dahulu.
VERDUN-PARIS (HARI 6)
Melawat lokasi peninggalan perang dunia kedua di Verdun sehingga petang dan selepas itu terus bergerak menuju ke Paris. Dijangka sampai ke Paris pada sebelah malam. Semasa berada di Paris, boleh meneruskan melawat pelbagai lokasi menarik sekitar Paris atau menamatkan penjelajahan seluruh France untuk kembali pulang ke tanahair
TIPS PENJELAJAHAN SELURUH EROPAH
Jika mahukan penjelajahan ini selama 6 hari di France, sekurang-kurangnya 4 orang minima atau 8 orang maksima satu trip menggunakan kenderaan darat seperti MPV atau kenderaan Pacuan 4 roda. Tips bayaran untuk keseluruhannya adalah seperti berikut:
280€ Seorang jika minima satu kumpulan 4 orang
180€ Seorang jika lebih 5 orang dan atau maksima 8 orang satu trip
Bayaran diatas adalah tanpa penginapan kerana apabila sampai disebuah destinasi dimana peserta trip jelajah ini memerlukan penginapan, peserta trip akan menempah hotel atau penginapan seperti apartment, bajet hotel atau sebagainya termasuk campsites ketika sampai didestinasi.
Jika mahukan tempahan penginapan awal, bayaran adalah seperti:
450€ Seorang jika minima satu kumpulan 4 orang
350€ Seorang jika lebih 5 orang dan atau maksima 8 orang satu trip.
*Penginapan dari Hotel, Apartment, Bajet Hotel dan Campsites












