Jika anda ingin menyewa kenderaan, pelbagai syarikat menawarkan kenderaan untuk disewa. Syarat utama adalah seperti mempunyai Lesen yang sah mengikut Negara pengeluar asal dan Permit memandu Antarabangsa jika perlu. Kemungkinan gambar juga diminta. Kami juga ada menyediakan khidmat kereta sewa untuk pandu sendiri atau ingin menggunakan khidmat pemandu dari kami. Perkhidmatan Sewa Kenderaan jika anda ingin menyewa untuk melakukan jelajah negara eropah secara persendirian atau melawat lokasi menarik di London atau Paris
Dibawah adalah antara kenderaan yang kami sediakan untuk disewa pand sendiri atau kami sendiri akan pandu dan bawakan untuk anda mengelilingi Kota Paris atau membuat penjelajahan seluruh Negara Eropah terpilih.
Land Rover Discovery 2.7 TD5 - 7 Seater 180€ sehari
Land Rover Discovery 2.7 TDV6 - 7 Seater 180€ sehari
Toyota Alphard 2.4 Type G - 7 Seater 200€ sehari
Harga lebih murah jika ingin menyewa melebihi 3 hari. Syarat yang diperlukan untuk menyewa kenderaan yang disediakan diatas ialah salinan passport, salinan lesen negara asal serta salinan permit memandu antarabangsa (jika perlu sahaja bagi permit antarabangsa jika ingin menyewa untuk keluar dari london atau paris ke negara lain). Deposit sewa 3 hari (540€ jika menyewa Land Rover atau 600€ bagi Toyota Alphard) diperlukan sebelum menggunakannya pada hari mula sewa beserta setiap satu salinan dokumen yang diperlukan. Jika inginkan menggunakan khidmat pemandu serta penerangan lokasi yang dilawati dalam bahasa melayu, tambahan 30€ sahaja sehari.
Menyewa kenderaan adalah lebih menyenangkan kerana tidak perlu bersusah payah untuk menaiki tren dari satu lokasi ke satu lokasi serta bebas kemana sahaja dan membeli belah dengan lebih senang membawa barang terutama membawa keluarga serta anak kecil.
Harga sewa diatas berpandukan matawang Euro dan harga sewa harian tertakluk pada lokasi sewaan di Paris dan London. Sewa harian trip paris-london atau london-paris dikira lain tanpa pemandu. Tambahan 80€ sehari bagi sewa tanpa pemandu lokasi Paris-London atau London-Paris.


