Private Tour Di Paris

Bercuti Di Kota Paris yang penuh Romantik





 
 
Private Tours Bersama Kami
Ingin melakukan Private Tour secara bebas bersama kami? kelebihan yang kami ialah melawat semua kawasan menarik seluruh kota Paris dan penerangan setiap lokasi yang dituju dalam bahasa Melayu. Kami akan rancang lawatan anda secara santai dan selamat dengan menaiki MPV serta menerokai setiap lokasi yang jarang dilawati oleh pelancong lain yang biasanya menggunakan pakej pelancongan yang terikat dengan jadual pakej menaiki bas, tren atau kenderaan lain kerana pakej tersebut hanya bertumpu dilokasi sekitar Paris tanpa menuju ke lokasi menarik lain dalam dan luar dari kota Paris. Anda juga akan melawat ke kawasan Chinatown, Indiantown (ada restoran HALAL) dan beberapa kawasan komuniti asing seperti kawasan Arab dan Pasar Morocco yang menjual pelbagai barangan antik, pakaian yang cantik, pinggan mangkuk yang unik dan lain-lain barangan yang menarik dijual dengan harga paling murah.
 
Anda berpeluang pergi ke kawasan bukan tumpuan tetapi ingin menerokainya untuk satu pengalaman baru. Anda tak perlu membeli Daily Pass untuk kemudahan turun naik tren, bas dan teksi untuk menuju ke kawasan lain kerana mungkin tidak banyak lokasi yang dituju. Anda juga berpeluang untuk pergi ke Disneyland untuk bergambar, Outlet Factory yang terletak bersebelahan Disneyland untuk membeli-belah. Mungkin susah untuk anda membeli-beli jika menaiki tren atau teksi kerana mungkin caj yang agak mahal.
 
Kami juga akan membawa anda pergi melawat ladang sayuran yang menghijau dan buah-buahan segar di luar Kota Paris. Hakikatnya lokasi ladang tersebut pelancong jarang untuk dapat kesana. Inilah peluang anda untuk memetik buah Epal, Strawberi, Ceri dan dapat melihat sayuran atau tanaman lain yang tumbuh subur sambil menyusuri pemandangan indah ladang gandum ketika dalam perjalanan menuju ke lokasi ladang tersebut.
 
Jika anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan Private Tour yang kami sediakan ini, kami hanya mengenakan bayaran seperti dibawah:
 
50€ Seorang untuk sehari bermula pada jam 8.30am hingga 8.30malam untuk seluruh lokasi menarik Kota Paris serta lokasi bersejarah luar Kota Paris.
*Minima 2 orang dan maksima 5 orang.
*Harga diatas adalah harga untuk seorang dan minima 2 orang. Jika lebih 3 - 5 orang, harga diskaun diberikan
*Harga tidak termasuk makan dan minum serta bayaran yang dikenakan jika ingin memasuki lokasi berbayar seperti muzium.
 

80 Seorang untuk menuju ke Disneyland dan Outlet Factory dalam satu hari lawatan kedua-dua lokasi tersebut. Harga yang sama jika anda ingin melawat ladang sayuran dan buahan segar pada hari keesokkannya atau hari yang lain jika ada kelapangan masa. rakan mengikut trip bersama.
*Minima 2 orang dan maksima 5 orang
*Harga diatas adalah harga untuk seorang dan minima 2 orang. Jika lebih 3 - 5 orang, harga diskaun diberikan
*Harga tidak termasuk makan dan minum serta bayaran yang dikenakan jika ingin memasuki lokasi berbayar seperti muzium.

 
Untuk Private Tour Berkumpulan di Paris 4H3M

 Kami menyediakan perkhidmatan Private Tour berkumpulan dengan minima 4 orang satu kumpulan. Apa yang kami sediakan ialah Private Tour dengan MPV serta termasuk penginapan di Apartment 1 atau 2 bilik. Jadual atau perancangan perjalanan melawat tempat menarik adalah sama seperti diatas atau perancangan sendiri dari anda dan kumpulan anda. Kami hanya membawa anda dan sediakan keperluan anda sahaja ketika bercuti di Paris.
 
Untuk perkhidmatan ini, anda dan ahli kumpulan anda hanya perlu membayar kepada kami nilai 1000€ sahaja untuk satu kumpulan dengan minima 4 orang at. Jika melebihi 4 orang dalam satu kumpulan, tambahan 250€ seorang untuk orang yang ke 5 dan seterusnya. Ini bermakna, bajet untuk anda seorang untuk datang ke Paris dengan kumpulan, hanya anggaran sebanyak RM4,000 sahaja termasuk harga tambang penerbangan pergi dan balik KUL-CDG-KUL yang dibeli sendiri.
 
Harga diatas termasuk sewa apartment 4H3M dan harga Private Tour yang kami sediakan secara bebas atas pilihan anda. Airport Transfer juga kami sediakan. Harga lebih murah jika kurang dari 4 hari penginapan di Paris.